Persahabatan Yg Ikhlas Pasti Akan Berkekalan

Persahabatan Yg Ikhlas Pasti Akan Berkekalan

Assalamualaikum.

Salam buat keluarga tercinta dan kawan-kawan.
Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Blog ini saya dedikasikan khas buat 4 orang puteri saya...Seri Diyana, Seri Nadia, Seri Irdina dan Seri Amani. Walaupun badai dan taufan melanda ... hidup ini akan saya perjuangkan demi kejayaan 4 orang puteri saya. Kekuatan saya.....merupakan kekuatan anak-anak. Hidup harus diteruskan...apa yang berlaku, biarlah ianya berlalu. Suatu hari nanti, sinar bahagia pasti akan menjelma. Jika tidak di dunia, insyaAllah di akhirat kelak......

"Sesungguhnya doa orang yang teraniaya adalah doa yang makbul"

Saya juga nak berkongsi pengalaman dengan kawan-kawan semoga merapatkan lagi sillaturahim sesama kita.

Wassalam.

Saturday, June 19, 2010

Mengenal Erti Kesabaran dan Kebesaran Allah

Salam buat semua. Hari ini (20/6/2010) saya sudah kuat dan semakin pulih dari sakit yang saya deritai.

Rabu 14/4/2010 - Saya ke Puteri Specialist Hospital untuk buat medical check-up sebab sering sakit bahu, belikat dan kebas-kebas tangan. Saya di rujuk oleh Dr dari klinik Panel utk further check-up ke Puteri Specialist dan bjumpa dgn  Dr Marwin untuk buat pemeriksaan, pada mulanya saya sangka mungkin disebabkan radang sendi di bhgn bahu atau ada yg tak kena pada saraf saya. Tapi bila doktor suruh x-ray dan buat MRI di  bhgn leher, saya agak tertanya-tanya, "nape leher pulak ni". Masa tu msh relax lg dan tak terfikir sesuatu yg berat menimpa diri saya.  Berdasarkan keputusan MRI dan X-ray, doktor mengesahkan bahawa sakit saya selama ini adalah disebabkan Cervical prolapse disc (c4-c5, c6-c7). Kata doktor kes saya ini jarang berlaku, kerana selalunya disc yg rosak tu akan terkeluar tapi kes saya, disc saya termasuk ke dalam dan dah cucuk bhgn air tulang belakang juga saraf tunjang. Petang tu saya admitted ke Wad 621. Saya buat physio selama 4 hari tapi tak ada perubahan, lepas tu saya di rujuk ke doktor pakar bhgn Spine Surgery iaitu Dr Mazwar Sofian.

Pada hari Sabtu (17/4/2010) saya berjumpa Dr Mazwar di kliniknya dan beliau tlh menerangkan scra terperinci tntg sakit saya. Katanya "saya boleh lumpuh satu badan jika disc yg rosak itu terus mencucuk dan potong saraf tunjang saya dan jalan yg terbaik ialah pembedahan" kmdn saya tanya lg....."tak adakah treatment lain selain pembedahan" kata Dr Mazwar "disc yg dh rosak itu harus diganti dengan disc tiruan (platinum) dan pembedahanlah jalan yang terbaik". Ketika itu perasaan sedih dan takut menerpa di fikiran saya bila mengenangkan yg saya akan mnjalani satu pembedahan besar yg pasti membabitkn nyawa. Saya tnya Dr tu tntg risiko semasa pembedahan dan selepas pembedahan. Saya tak dapat tahan air mata bila Dr mengatakan bahawa antara risikonya....mati - kerana tmpt yg nak dibedah itu hmpir dengan otak, lumpuh - kerana membabitkan saraf tunjang, jangkitan kuman pd tmpt pembedahan dan jika ini berlaku saya perlu dibedah sekali lagi, hilang suara kerana pembedahan ini di jalankn pada bhgn depan leher dan melalui kwsn saraf peti suara. Sejurus slps Dr menerangkan sgla2nya, air mata saya tak henti-henti mengalir.....saya terkejut....sedih.... bila mengenangkan nasib anak2 jika pembedahan ini gagal. Siapa nak jaga anak2 saya, macamana nasib Dina (OKU)  kelak, sedangkn bapa mrka ketika ini sedang meraih kebahagian di atas penderitaan anak-anak.

Dalam wad, saya termenung menginsafi musibah yang menimpa diri saya. Berkat dari semangat serta sokongan dari keluarga serta kawan2, saya kumpul kekuatan diri untuk terus kehadapan. Saya mesti teruskan pembedahan ini. Pagi Ahad, apabila Dr Mazwar melawat saya di wad, saya pun bagi kata putus bhwa saya sudah bersedia untuk di bedah. Dan Dr tentukan bhwa hari pembedahan saya ialah pada hari Selasa (19/4/2010). Sesekali rasa takut itu terus menerjah di kotak fikiran saya. Saya menangis lagi, dan lagi..... anak kedua saya, Seri Nadia yg ketika itu menemani saya cuba menenangkan hati saya, katanya "mak, cuba dengar akak baca dialog antara manusia dgn Al-Quran;

Manusia sering bertanya dan Al-Quran sudah menjawabnya..

Manusia bertanya: Kenapa aku diuji sampai sebegini rupa?
Al-Quran menjawab:“Apakah manusia itu dibiarkan saja mengatakan, “Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.” - Surah al-Ankabut, ayat 2-3.

Manusia bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Al-Quran menjawab:“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” - Surah al-Baqarah, ayat 216.

Manusia bertanya:
Kenapa ujian yang ku lalui ini, seberat ini?
Al-Quran menjawab:Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” - Surah al-Baqarah, ayat 286.

Manusia bertanya: Kenapa aku harus kecewa?

Al-Quran menjawab:“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.
- Surah al-Imran, ayat 139.

Manusia bertanya: Bagaimana harus aku menghadapi semua ujian ini?

Al-Quran menjawab:“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.”
- Surah al-Baqarah ayat 45.

Manusia bertanya: Kepada siapa aku berharap?

Al-Quran menjawab: “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal.” - Surah at-Taubah, ayat 129.

Manusia bertanya: Apa yang aku dapat dari semua ujian ini?

Al-Quran menjawab: “Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” - Surah at-Taubah, ayat 111.


Manusia bertanya:
Aku tak tahan dengan ujian ini!!
Al-Quran menjawab:
“..dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” - Surah Yusuf, ayat 87.


Manusia bertanya:
Sampai bila aku merana begini?
Al-Quran menjawab:
Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” - Surah al-Insyirah, ayat 5-6.

Saya menginsafi.....betapa kerdilnya diri ini di sisi mu ya Allah. Dari Mu ya Allah aku dtg dan kepada Mu jua aku kembali.

Pandai angah....tenangkan hati mak, begitu juga along,  kak uda dan baby. Terima kasih syg. 

Hari Selasa (19/4/2010), jam 3 ptg, saya di bawa ke bilik bedah.....pesan saya pada keluarga, jgn putus bacakan surah Yassin agar saya tenang dan selamat dlm pembedahan. Mak, ayah dan anak2 dh nangis....saya cool jer, dlm hati Allah saje yg tahu.

Alhamdulillah.....pembedahan tu sukses, 6 jam pembedahan dan saya sedar selepas 8 jam. Rasa mcm satu keajaiban bila semuanya selamat. Syukur Alhamdulillah, saya dpt meneruskan kehidupan bersama anak2.

Terima kasih yg teramat sgt buat anak2, emak & ayah, adik2 terutama Odie yg byk membantu kak long serta menjaga anak2 kak long semasa kak long sakit. Tak lupa buat kwn2 sekolah, kwn2 sekerja serta kwn2 Marykay yang banyak memberi semangat untuk saya terus kuat, tabah dan maju kehadapan. SAYANG KAMU SEMUA. Buat member Geng Bas Sekolah, I am back, nnti kita gi mkn kupang lg ye.

SALAM SAYANG BUAT SEMUA......................


1 comment:

  1. Assalamualaikum,

    Macam mana saya nak hubungi puan? Coz saya disahkan oleh doktor yang saya mengalami C56 & C57 disc protrusion with myelopathy? Emel saya suria5160@yahoo.com

    ReplyDelete