Persahabatan Yg Ikhlas Pasti Akan Berkekalan

Persahabatan Yg Ikhlas Pasti Akan Berkekalan

Assalamualaikum.

Salam buat keluarga tercinta dan kawan-kawan.
Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Blog ini saya dedikasikan khas buat 4 orang puteri saya...Seri Diyana, Seri Nadia, Seri Irdina dan Seri Amani. Walaupun badai dan taufan melanda ... hidup ini akan saya perjuangkan demi kejayaan 4 orang puteri saya. Kekuatan saya.....merupakan kekuatan anak-anak. Hidup harus diteruskan...apa yang berlaku, biarlah ianya berlalu. Suatu hari nanti, sinar bahagia pasti akan menjelma. Jika tidak di dunia, insyaAllah di akhirat kelak......

"Sesungguhnya doa orang yang teraniaya adalah doa yang makbul"

Saya juga nak berkongsi pengalaman dengan kawan-kawan semoga merapatkan lagi sillaturahim sesama kita.

Wassalam.

Monday, August 9, 2010

SALAM RAMADHAN

Bilamana aku terdengar akan kemunculan mu wahai bulan yang mulia…..Bilamana aku terdengar akan kemunculan mu wahai bulan yang mulia…..aku mengharapkan selama kedatanganmu ini akan bisa merubah jiwaku……aku mengimpikan selama kehadiranmu ini bisa ku isikan dengan amal ibadat yang sebenar-benarnya walaupun nisbahnya andai dihitung hanyalah secebis daripada amalan para ulama’……untung aku hitungkan amal ku dengan mu ya rasul karim…..aku kira….tida nisbahnya…..cukuplah andai aku dapatkan amal ibadatku setara dengan pewaris ilmu dan sunnahmu iaitu para alim ulama’ mu…..aku mengimpikan kehadiranmu ramadhan al-barakah…..sebagai titik perubahan dalam hidupku……aku mengimpikan reformasi…..aku mahu meletakkan titik pemangkin buat ruang reformasi dalam hidupku ini pada tanggal 1 Ramadhan ini…….
Ya Rabbi……perbetulkanlah arah tujuku…..perjelaskanlah jalan kebenaran buatku……amin…Salam Ramadhan dariku…..seorang insan kerdil didunia ini……

No comments:

Post a Comment